Monday 23 July 2012

~Pergerakan Motor Kasar~



     Kemahiran motor adalah tindakan yang melibatkan pergerakan otot-otot badan. Pergerakan motor halus ialah pergerakan yang melibatkan tindakan otot kecil yang minima seperti mengenggam jari tangan atau mengerakkan lidah bagi merasa sesuatu.
Manakala pergerakan  motor kasar  adalah tindakan yang melibatkan pergerakan yang besar seperti gerakan anggota tangan, kaki atau keseluruhan bahagian badan. Contohnya, kanak-kanak yang merangkak, pergerakan ini melibatkan gerakan tangan, tangan kaki, punggung dan bahagian badan yang lain. Oleh itu, dalam pergerakan seperti ini, kita dapat melihat dan mengetahui koordinasi yang berlaku antara motor kasar dan motor halus. Selain itu, gerakan motor kasar ini juga memerlukan pengawalan keseimbangan dan koordinasi dengan organ deria yang lain seperti mata dan sentuhan.
Kemahiran motor kasar kanak-kanak dapat ditingkatkan dengan memberi peluang kepada mereka melakukan pelbagai aktiviti seperti berjalan, melompat, berlari dan merangkak.
Aktiviti yang dirancang perlu melibatkan kanak-kanak untuk melakukannya dalam keadaan yang berbeza dari segi kedudukan badan mereka. Selain itu, tahap kesukaran aktiviti tersebut juga boleh ditingkatkan berdasarkan penguasaan kanak-kanak itu. Kanak-kanak akan berasa seronok sekiranya aktiviti yang dirancang tersebut mencabar dan berbeza sedikit dari kemahiran yang telah mereka peroleh.
      Oleh itu, untuk meningkatkan potensi perkembangan motor kasar murid guru boleh menjalankannya dalam sesi terapi. Di antara aktiviti terapi yang boleh membantu pergerakan motor kasar ialah terapi main, terapi hidro dan terapi fisio. Kesemua terapi ini dapat membantu penambahbaikan dari segi pergerakan kaki dan tangan yang lebih optimum.
            Berikut adalah jenis-jenis terapi yang dapat meningkatkan keupayaan motor kasar murid:
a) terapi fisio
b) terapi hidro
c) terapi main



~Terapi Fisio~



Definisi terapi fisio:


Fisio terapi adalah terapi yang dilakukan untuk membantu murid mengembangkan kemampuan motor halus dan motor kasar. Kemampuan motor kasar meliputi otot-otot besar pada seluruh tubuh yang mebolehkan tubuh melakukan aktiviti seperti berjalan, melompat, membongkok, merangkak, berlari, menendang, duduk tegak, mengangkat, dan melempar bola.
Kemampuan motor kasar sangat penting karana membolehkan murid melakukan aktiviti, menjaga keseimbangan, koordinasi, dan lain-lain. Murid-murid yang sukar melakukan aktiviti seperti menulis, memegang pensel, menggunting,  dan meramas merasakan aktiviti seperti ini amat sukar untuk dilaksanakan. Oleh itu mereka amat memerlukan terapi fisio untuk melakukan aktiviti motor halus dan motor kasar.

1. PROFIL MURID:
1.1 Nama                               : Solleha binti Yaccob
1.2 Jantina                            : Perempuan
1.3 Umur                                : 6 tahun
1.4 Kategori   :                       : Down Sindrom
1.5 Masalah yang di hadapi :
  • Kurang keseimbangan badan
  • lemah.koordianasi ke dua- dua belah tangan
  • Kurang bersosialisasi.
  • Mengalami gangguan kesihatan – kerap tidak hadir ke sekolah kerana demam dan selsema.


2. RANCANGAN AKTIVITI :
            2.1 Keseimbangan badan dengan menggunakan titi.
            2.2 CARA PERLAKSANAAN
3.JENIS ALATAN DAN FUNGSINYA:
     a. Titi cantum


  • Berukuran 1 kaki setiap satu
  • Boleh dicantumkan antara satu sama lain untuk membentuk titi.
  • Diperbuat daripada getah
  •  Mempunyai bonjolan refleksologi untuk tapak kaki.
  • Berfungsi untuk melatih keseimbangan murid down sindrom .

4.1 Objektif:
  • Murid dapat mengimbangkan badan semasa berjalan.
  • Murid dapat menguatkan saraf kaki ketika berdiri.
4.2 Tempoh masa – 30 minit
  
5. Gambar-gambar terapi fisio – Meniti titi.


Gambar 1: Meniti titi dengan kedua-dua belah tangan dipimpin oleh guru.


Gambar 2 : Murid meniti titi dengan sebelah tangan dipimpin oleh guru.


Gambar 3 : Murid mendepakan tangan sambil meniti titi untuk menseimbangkan badan.


Gambar 4 : Murid meniti titi danpa bantuan oleh guru.







~Terapi Fisio 2~



Definisi
Fisio terapi adalah terapi yang dilakukan untuk membantu murid mengembangkan kemampuan motor halus dan motor kasar. Kemampuan motor kasar meliputi otot-otot besar pada seluruh tubuh yang mebolehkan tubuh melakukan aktiviti seperti berjalan, melompat, membongkok, merangkak, berlari, menendang, duduk tegak, mengangkat, dan melempar bola.
Kemampuan motor kasar sangat penting karana membolehkan murid melakukan aktiviti, menjaga keseimbangan, koordinasi, dan lain-lain. Murid-murid yang sukar melakukan aktiviti seperti menulis, memegang pensil, menggunting,  dan meramas merasakan aktiviti seperti ini amat sukar untuk dilaksanakan. Oleh itu mereka amat memerlukan terapi fisio untuk melakukan aktiviti motor halus dan motor kasar.

( Bola Bertanduk)

1. PROFIL MURID:
1.1 Nama                               : Mohammad Amirul bin Badrol
1.2 Jantina                             : Lelaki
1.3 Umur                                : 6 tahun
1.4 Kategori                           : Ceberal Palsy
1.5 Masalah yang di hadapi :   a. mengesut apabila bergerak
                                                     b. lemah.koordianasi ke dua- dua belah tangan
                                                     c. Kurang bersosialisasi.
                  d. Mengalami gangguan kesihatan – kerap tidak                       
                                                           hadir ke sekolah kerana demam dan selsema.

   2. RANCANGAN AKTIVITI :
2.1. CARA PERLAKSANAAN :
Keseimbangan badan dengan menggunakan bola tanduk

3. JENIS ALATAN DAN FUNGSINYA:
3.1Jenis Alatan
     a. Bola tanduk getah


  • Berbentuk sfera
  • Diperbuat daripada getah
  • Bola tanduk saiz kecil
4          Objektif
  • Menguatkan saraf kaki.
  • Merangsang pertuturan

4.1 .Objektif aktiviti dan tempo pelaksanaan:
           4.1 Naik dan duduk di atas kerusi..
           4.2 Membasuh tangan dengan berpaut pada sinki.
           4.3 .Boleh ke tandas tanpa bantuan.
           4.4 Boleh bertutur dengan

5       Laporan bergambar pelaksanaan aktiviti



Murid memegang bola



Murid memegang bola dengan cara yang betul.


Murid memeggang bola sebelum mengangkat kaki untuk imbangan badan.



Guru mengangkat kaki murid untuk imbangan badan.




~Terapi Hidro~



Terapi hidro sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental murid dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja.

Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu murid tenang walaupun pada permulaannya sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa murid ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung guru-guru telah melatih membina keyakinan diri murid-murid "water confidence". Terapi seumpama ini dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktivi seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka.
Aktiviti : Berjalan di dalam air dengan bantuan noodle.

1. PROFIL MURID :
1.1 Nama                               : Siti Raziah binti Sazali
1.2 Jantina                            : Perempuan
1.3 Umur                                : 9 tahun
1.4 Kategori   :                       : Claberal Palsy
1.8 Masalah yang di hadapi :
                   a. Lemah otot kaki untuk bergerak.
                   b.  Kurang tumpuan dalam kelas. 
                   c. Cepat marah dan naik angin.

2. AKTIVITI  :
  • Melakukan ‘water confident’ sebelum aktiviti di dalam air.
  • Pergerakan asas menggunakan alatan.
- Berjalan di dalam air dengan bantuan noodle
2.1 JENIS ALATAN DAN FUNGSINYA:
2.1.1  Jenis Alatan
·        Noodle


2.1.2  Noodle berfungsi sebagai alat untuk membantu muird perpaut semasa berjalan di dalam air.

3. OBJEKTIF AKTIVITI :
  • Murid dapat menguatkan otot kaki untuk bergerak.
  • Murid dapat menghilangkan tekanan.
  • Murid dapat membina  keyakinan diri.
  •  Murid dapat melatihan koordinasi tangan dan kaki.
  • Murid dapat mendengar dan mengikut arahan yang diberi.

  
4. CARA PERLAKSANAAN  :


5. Gambar murid menjalankan aktiviti berjalan di dalam air dengan menggunakan noodle.   

5.1 Murid-murid menjalankan aktiviti water confident



5.2 Guru dan pembantu merentangkan noodle


5.3 Murid berjalan di dalam air sambil memegang noodle dengan bantuan.






~Terapi Main~



Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu.

Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing.

Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar.

Tujuan terapi bermain
  • mengurangkan masalah tingkah laku
  • meningkatkan komunikasi
  • mempu menilai diri sendiri
  • meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang 
Kelebihan terapi bermain 
  • Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri
  • Membolehkan melahirkan masalah
  • Terapi main membantu murid mununjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan.

Peraturan permainan teng teng
  • Kanak-kanak melompat dengan sebelah kaki setiap satu kotak.
  • Apabila tiba di bahagian kepak, kanak-kanak melompat dengan dua belah kaki.
  • Kanak-kanak diminta mengambil anak patung kecil di bahagian atas teng teng  tanpa melihatnya.
  • Kemudian kanak-kanak akan melompat semula ke bahagian bawah.
  • Permainan akan terbatal jika kaki kanak-kanak terkena garisan apabila melompat.

2. RANCANGAN AKTIVITI :
            2.1 Bermain teng teng
2.2. CARA PERLAKSANAAN :


3.JENIS ALATAN DAN FUNGSINYA:
a.    Lakaran teng teng kapal terbang
  • Digunakan untuk kanak-kanak melompat
b.    Patung kecil
  • Sebagai ganjaran apabila kanak-kanak berjaya


Teng teng kapal terbang

4.1 Objektif :
  • Menguatkan otot kaki kanak-kanak.
  • Membantu koordinasi mata dan kaki.
  • Murid dapat melakukan aktiviti dengan seronok.
4.2 Tempoh masa 30 minit

5. Gambar terapi main.




Gambar 1 : Membaling buah teng teng


Gambar 2 : Melompat di dalam kotak dengan sebelah kaki


Gambar 3 : Melompat dalam kotak teng teng dengan dua belah kaki.


ambar 4 : Mengambil anak patung.




~Rumusan~


Melalui terapi main, terapi fisio dan terapi hidro murid Pendidikan Khas akan melakukan pergerakan tangan dan kaki seperti melompat sebelah atau kedua-dua belah kaki, berjalan di dalam air dan meniti titi. Jika aktiviti terapi seumpama ini dilakukan dengan kerap ke atas murid Pendidikan Khas ia sememangnya dapat meningkatkan keupayaan pergerakan motor kasar murid ke tahap yang lebih optimum.