Monday, 23 July 2012

~Terapi Hidro~



Terapi hidro sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental murid dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja.

Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu murid tenang walaupun pada permulaannya sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa murid ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung guru-guru telah melatih membina keyakinan diri murid-murid "water confidence". Terapi seumpama ini dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktivi seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka.
Aktiviti : Berjalan di dalam air dengan bantuan noodle.

1. PROFIL MURID :
1.1 Nama                               : Siti Raziah binti Sazali
1.2 Jantina                            : Perempuan
1.3 Umur                                : 9 tahun
1.4 Kategori   :                       : Claberal Palsy
1.8 Masalah yang di hadapi :
                   a. Lemah otot kaki untuk bergerak.
                   b.  Kurang tumpuan dalam kelas. 
                   c. Cepat marah dan naik angin.

2. AKTIVITI  :
  • Melakukan ‘water confident’ sebelum aktiviti di dalam air.
  • Pergerakan asas menggunakan alatan.
- Berjalan di dalam air dengan bantuan noodle
2.1 JENIS ALATAN DAN FUNGSINYA:
2.1.1  Jenis Alatan
·        Noodle


2.1.2  Noodle berfungsi sebagai alat untuk membantu muird perpaut semasa berjalan di dalam air.

3. OBJEKTIF AKTIVITI :
  • Murid dapat menguatkan otot kaki untuk bergerak.
  • Murid dapat menghilangkan tekanan.
  • Murid dapat membina  keyakinan diri.
  •  Murid dapat melatihan koordinasi tangan dan kaki.
  • Murid dapat mendengar dan mengikut arahan yang diberi.

  
4. CARA PERLAKSANAAN  :


5. Gambar murid menjalankan aktiviti berjalan di dalam air dengan menggunakan noodle.   

5.1 Murid-murid menjalankan aktiviti water confident



5.2 Guru dan pembantu merentangkan noodle


5.3 Murid berjalan di dalam air sambil memegang noodle dengan bantuan.






No comments:

Post a Comment