Monday, 23 July 2012

~Pergerakan Motor Kasar~



     Kemahiran motor adalah tindakan yang melibatkan pergerakan otot-otot badan. Pergerakan motor halus ialah pergerakan yang melibatkan tindakan otot kecil yang minima seperti mengenggam jari tangan atau mengerakkan lidah bagi merasa sesuatu.
Manakala pergerakan  motor kasar  adalah tindakan yang melibatkan pergerakan yang besar seperti gerakan anggota tangan, kaki atau keseluruhan bahagian badan. Contohnya, kanak-kanak yang merangkak, pergerakan ini melibatkan gerakan tangan, tangan kaki, punggung dan bahagian badan yang lain. Oleh itu, dalam pergerakan seperti ini, kita dapat melihat dan mengetahui koordinasi yang berlaku antara motor kasar dan motor halus. Selain itu, gerakan motor kasar ini juga memerlukan pengawalan keseimbangan dan koordinasi dengan organ deria yang lain seperti mata dan sentuhan.
Kemahiran motor kasar kanak-kanak dapat ditingkatkan dengan memberi peluang kepada mereka melakukan pelbagai aktiviti seperti berjalan, melompat, berlari dan merangkak.
Aktiviti yang dirancang perlu melibatkan kanak-kanak untuk melakukannya dalam keadaan yang berbeza dari segi kedudukan badan mereka. Selain itu, tahap kesukaran aktiviti tersebut juga boleh ditingkatkan berdasarkan penguasaan kanak-kanak itu. Kanak-kanak akan berasa seronok sekiranya aktiviti yang dirancang tersebut mencabar dan berbeza sedikit dari kemahiran yang telah mereka peroleh.
      Oleh itu, untuk meningkatkan potensi perkembangan motor kasar murid guru boleh menjalankannya dalam sesi terapi. Di antara aktiviti terapi yang boleh membantu pergerakan motor kasar ialah terapi main, terapi hidro dan terapi fisio. Kesemua terapi ini dapat membantu penambahbaikan dari segi pergerakan kaki dan tangan yang lebih optimum.
            Berikut adalah jenis-jenis terapi yang dapat meningkatkan keupayaan motor kasar murid:
a) terapi fisio
b) terapi hidro
c) terapi main



No comments:

Post a Comment